Pelajar tajaan JPA dapat surat tunjuk sebab
ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa kerajaan menjelaskan tindakan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada seorang pelajar kerana didakwa mengambil bahagian dalam forum yang diadakan di sebuah universiti di Australia.
Beliau mendakwa bahawa Aslam Abdul Jalil, yang merupakan seorang
pelajar di Universiti Nasional Australia (ANU) di bawah tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Rabu lalu, telah diminta memberi penjelasan mengenai perkara itu.
Forum itu bertajuk ‘Race, Religion, Royalty with YB Tony Pua’ telah diadakan di universiti itu pada 22 April. Tony Pua adalah MP Petaling Jaya dan pengerusi DAP Selangor.
Menurut Nik Nazmi (kiri), ia dianggap melanggar fasal 5.5 perjanjian biasiswa Aslam yang melarang pelajar tajaan daripada menyertai "aktiviti berunsur hasutan atau demonstrasi... yang pada pendapat kerajaan, akan mempunyai kesan yang merosakkan ke atas kepentingan Malaysia atau mana-mana institusi pendidikan ".

