Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysia negara sekular, tegas Gerakan
Diterbitkan:  Jun 21, 2014 8:00 PM
Dikemaskini: 12:11 PM

Gerakan berkata parti itu melihat Malaysia sebagai sebuah negara "sekular sepenuhnya".

Parti itu berkata ia juga berpegang kepada keputusan kabinet yang dibuat pada bulan April 2009 untuk melarang penukaran sepihak bagi anak di bawah umur.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata kebajikan kanak-kanak perlu diberi keutamaan dan penukaran agama di bawah umur tidak boleh dibenarkan sebagai saluran untuk melepaskan diri daripada kewajipan seseorang ibu bapa.

Oleh itu, katanya, parti itu menyokong keputusan Kabinet pada April 2009 yang melarang penukaran sepihak agama kanak-kanak di bawah umur oleh seorang ibu bapa.

Mah menegaskan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS