Mkini mohon maaf kepada Xavier Jayakumar
Pada jam 3.35 petang 5 Jun 2014, Malaysiakini menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'PKR top leaders implicated in bribery claim' .
Artikel ini berdasarkan aduan bertulis oleh ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai 'Chegubard'. Badrul telah mendakwa, antara lain, bahawa pengerusi jawatankuasa rayuan pemilihan parti itu, Abdul Malek Hussin (kiri) telah menolak rasuah dari Ketua Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar dan "bos" beliau.
Malaysiakini mengesahkan bahawa pada masa penerbitan artikel tersebut, ia tidak menentukan kebenaran maklumat sumber dan tidak mengesahkannya terlebih dahulu sebelum disiarkan. Oleh kerana ini, Malaysiakini dengan penuh ikhlas, kesal dan kecewa dengan penerbitan artikel tersebut yang mempunyai kesan serius mencemar dan merosakkan reputasi Dr Xavier Jayakumar.
Malaysiakini mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada Dr Xavier Jayakumar untuk penerbitan artikel berkenaan.

