Hari ini adalah hari keenam perjalanan sejauh 308km bagi Isaiah Jacob dari Kuala Lumpur ke Gebeng, Kuantan dalam satu protes simbolik terhadap loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Lelaki berusia 48 tahun itu juga merupakan ahli Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) yang dirancang di Kepong, Kuala Lumpur.

Jacob yang dilahirkan dengan hanya sebelah kaki, bertopang sepanjang perjalanannya itu dan mengalami lepuh di kedua-dua tangan dan kakinya.

Dia tiba di Gambang pada jam 6.30 petang kelmarin selepas lima hari di jalan raya.

Bagaimanapun, dia sampai ada dua jam dan 30 minit lewat daripada jadual kerana kecederaan yang dialaminya.

Jacob mengalami lepuh pada tangannya pada hari kedua perjalanannya dari Bukit Tinggi ke Karak dan terpaksa mendapatkan rawatan perubatan sebelum meneruskannya.

Joyce Lim, yang mengiringi beliau dari Temerloh, bimbang dengan keadaannya dan tidak pasti sama ada mereka akan tiba di Gebeng pada masanya.

Rancangannnya ialah untuk tiba di sana esok di mana aktivis Himpunan Hijau merancang sekatan terhadap kilang Lynas.

"Hari ini kita bermula pada 7 pagi, (dan) dia mengalami kesukaran untuk bertopang kerana tangannya berbalut," kata Lim kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Jacob masih perlu meliputi perjalanan sejauh 40km sebelum sampai ke destinasinya.

Ketika dihubungi, Jacob berkata orang yang ditemuinya banyak memberi sokongan dan galakan untuk meneruskan perjalanannya itu.

"Saya hanya terus berdoa dan berharap ia (kecederaan) tidak akan memberi kesan kepada saya dan saya akan tiba pada masanya," katanya.

Dia juga memuji pihak polis yang telah membantunya dengan mengawal lalulintas semasa perjalanannya dari Mentakab ke Maran.

Bagaimanapun, apabila Jacob tiba di Gebeng esok, dia akan berdepan halangan lain.

Polis telah mendapatkan perintah mahkamah selama tujuh hari untuk menghalang Himpunan Hijau, daripada berada dalam jarak 20 meter dari loji Lynas.

[Baca berita penuh]