Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis Perak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh untuk memulangkan Prasana Diksa, kepada M Indira Gandhi.

Polis Perak juga diarahkan supaya menahan bekas suami wanita tersebut, K Pathmanathan @ Muhd Ridhuan Abdullah.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa pasukannya menerima arahan untuk mematuhi arahan tersebut dan memulangkan kanak-kanak tersebut keapda M Indira Gandhi.

Perintah tersebut dikemukakan kepada IGP pada Rabu lalu, dan kepada polis Ipoh pada Jumaat lalu.

Polis kini mempunyai tempoh kurang 20 hari untuk bertindak ke atas perintah mahkamah tersebut.

[Baca berita penuh]