Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa seorang timbalan menteri merupakan antara individu yang memperoleh keuntungan dari penyerahan pembinaan kampus UiTM Tapah kepada sebuah pemegang konsesi swasta.

Rafizi mendakwa timbalan menteri itu memegang saham minoriti dalam sebuah syarikat pemegang konsesi, yang didaftarkan di Kuala Lumpur, manakala anak perempuan dan seorang sekutu perniagaan pemimpin tersebut menjadi ahli lembaga pengarah.

Kes ini merupakan salah satu daripada enam kampus UiTM yang menjadi tumpuan Rafizi berhubung langkah penswastaan, yang didakwanya menyebabkan kos pembinaan meningkat sekurang-kurangnya empat kali ganda.

Ini merupakan pendedahan kelima yang menjadi sasaran Rafizi, selepas mendedahkan kaitan pemimpin Umno dengan dengan konsesi empat kampus UiTM sebelum ini.

Pendedahannya yang terakhir adalah berhubung kampus UiTM Kota Samarahan, yang akan didedahkannya esok.

[Baca berita penuh]