Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat jam 3 petang ini mencatatkan angka tidak sihat di tujuh kawasan di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

Kualiti udara paling teruk berlaku di Banting (127 mata), diikuti Banting (127), Putrajaya (123), Pelabuhan Klang (114), Shah Alam (105), Nilai (105) dan Cheras, Kuala Lumpur (103).

Bacaan itu berdasarkan laman portal IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.