Menteri: Cukai taksiran naik hingga 10 peratus
Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan, kadar cukai taksiran akan dihadkan kepada 10 peratus bagi perumahan dan 25 peratus bagi hartanah komersil.
Katanya, pengumuman itu berdasarkan keputusan yang telah dipersetujui Kabinet baru-baru ini.
Sesetengah pemilik hartanah akan membayar kadar lebih rendah dan ada yang membayar jumlah yang sama berbanding tahun 2013, dan ada juga akan akan membayar kadar lebih tinggi.
Kadar itu bergantung kepada jenis hartanah dan lokasinya, kata Tengku Adnan ketika dalam satu sesi perbincangan bersama 60 orang wakil penduduk di Kuala Lumpur.
"Jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar pada tahun 2014 adalah lebih tinggi dari jumlah yang dibayar sebelum ini.
"Walaubagaimanapun, kerajaan telah memutuskan supaya kenaikan dihadkan setakat 10 peratus untuk perumahan dan 25 peratus untuk komersil," katanya.
Ketika ditanya pemberita selepas itu, beliau bagaimanapun tidak memberi apa-apa jaminan bahawa kadar cukai tersebut tidak akan dinaikkan pada tahun depan.
Kerajaan pada Disember lalu mengumumkan untuk mengurangkan kadar cukai taksiran antara satu hingga empat peratus bermula 2014.
Ia berikutan satu penilaian semula hartanah pada tahun lalu yang menyebabkan hartanah di ibu negara melonjak – yang pertama kali dijalankan dalam tempoh 21 tahun.
Penilaian semula ini adalah berdasarkan jangkaan nilai sewa hartanah tersebut – dianggarkan sehingga 300 peratus.
Langkah itu menerima bantahan dari warga Kuala Lumpur dan MP yang bimbang mereka akan terpaksa menanggung beban cukai yang tinggi.
DBKL seterusnya mengambil masa selama enam bulan untuk menerima pandangan dan maklum balas sebelum membuat keptusan berkenaan "agar rakyat tidak terbeban".
Melalui kaedah ini, DBKL akan mengutip sebanyak 15 cukai tambahan dari taksiran hartana pada 2014, berbanding tahun lalu.
Ini bermakna, ia masih perlu mendapatkan lebih banyak sumber untuk menampung belanjawannya.

