Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAIS: Operasi Sekolah Bina Insan diteruskan
Diterbitkan:  Jun 25, 2014 11:42 AM
Dikemaskini: 5:32 AM

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sekolah Bina Insan (SBI) yang beroperasi di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) tidak akan ditutup hujung tahun ini.

Katanya, MAIS mengambil keputusan menunda keputusan menutup SBI sehingga pelajar sedia ada menyelesaikan pengajian mereka di sekolah tersebut, lapor Sinar Harian hari ini.

“Keputusan penangguhan itu dibuat selepas memperhalusi dan meneliti semua isu dan cadangan yang dikemukakan.

“MAIS menangguhkan penutupan SBI sehingga pelajar sedia ada menamatkan pengajian di SBI,” katanya dalam laporan akhbar harian itu.

Laporan itu juga menyebut, Mohamad Adzib berkata pihaknya membuka peluang kepada ibu bapa memberi sebarang cadangan untuk kebaikan semua pihak termasuk tempat pengajian baru bagi sekolah itu.

Sebelum ini MAIS memutuskan untuk menutup sekolah itu kerana masalah kewangan dan perancangan perniagaan kolej itu meningkatkan kemasukkan pelajar ke intitusi itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS