BERITA

BERSIH: Pujian Najib pada ISIS 'sanjung keganasan'

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Jun 2014, 2:32 tengahari

Gabungan NGO BERSIH menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya memuji "keberanian" kumpulan pergerakan Iraq, Islamic State of Iraq and Syam (ISIS) melalui satu ucapan kepada anggota Umno, Isnin lalu.

Menurut BERSIH, kenyataan Najib itu merupakan ancaman kepada sistem demokrasi berparlimen kerana ISIS didakwa melakukan kekejaman dan perbuatan tidak berperikemanusiaan.

"Pujian Najib ke atas ISIS merupakan serangan ke atas kemanusiaan dan ketamadunan. Seruannya untuk mencontohi (ISIS) adalah bisikan halus untuk mengamalkan politik berdarah.

"Ini satu perkara memalukan di peringkat antarabangsa bagi Malaysia dan juga rakyatnya kerana perdana menteri memuji kumpulan pengganas atas tindakan jenayah yang dilakukan," kenyataan BERSIH dipetik.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.