Laporan: Universiti tahan diploma siswa ada HIV
Diploma seorang mahasiswa pernah ditahan oleh sebuah pusat pengajian tinggi kerana beliau menghidap HIV, menurut laporan Majlis AIDS Malaysia (MAC).
Dalam laporan yang dikeluarkan hari ini, MCA berkata, mahasiswa itu hanya menerima diploma selepas campur tangan timbalan menteri pengajian tinggi ketika itu Datuk Saifuddin Abdullah ( bawah ).
“Dengan bantuan Kementerian Pengajian Tinggi, diploma itu dikeluarkan,” menurut laporan HIV and Human Rights Mitigation Report 2013.
Menurut laporan itu, mahasiswa berumur 23 itu diberitahu untuk mengisytiharkan bagaimana beliau dijangkiti virus itu.
“Dekan minta saya tulis surat jelaskan bagaimana saya dapat HIV, siapa teman asrama dan semua tingka laku berisiko yang saya sertai sebelum mendapat HIV.
“Katanya jika saya tidak berjumpa dekan dan pihak tertinggi pengurusan, mereka akan halang konvokesyen saya.
“Ini bermaksud saya tidak akan dapat diploma,” mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai FF dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.
Terdapat juga komen daripada kakitangan pentadbiran universiti bahawa penghidap HIV tidak boleh mendapat biasiswa.

