Kenyataan Datuk Seri Najib Razak berhubung kumpulan bersenjata Negara Islam Iraq dan Syiria (ISIL) diterima secara luar konteks, menurut Pejabat Perdana Menteri.

“ISIL hanya disebut ringkas dan sekali lalu, tetapi penting difahami bahawa perdana menteri tidak sesekali memberi isyarat menyokong ISIL. Sebarang dakwaan yang bertentangan sama sekali salah.

“Kerajaan Malaysia mengelaskan ISIL sebagai pertubuhan pengganas dan melakukan kerja kita memerangi mereka, sebagai contoh dengan menangkap suspek anggota ISIL di Malaysia,” tambahnya.

ISIL turut dikenali sebagai ISIS.

Gabungan NGO BERSIH semalam menyelar kenyataan Najib yang didakwanya memuji "keberanian" ISIL melalui satu kepada anggota Umno, Isnin lalu.

Menurut BERSIH, kenyataan Najib ancaman kepada sistem demokrasi berparlimen kerana ISIS didakwa melakukan kekejaman dan perbuatan tidak berperikemanusiaan.

[Baca berita penuh]