Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tidak faham konsep penswastaan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila mengkritik konsesi berkaitannya.

Justeru beliau berkata kerajaan telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wahid Omar untuk menjelaskan konsep insentif pembiayaan swasta (PFI) untuk pembinaan UiTM kepada orang awam dan menjawab tuduhan Rafizi.

"Dalam isu kontrak UiTM yang dibangkitkan Rafizi, kita minta Datuk Wahid Omar jelaskan.

"Mungkin ada yang tidak difahami rafizi dalam PFI ini seperti asas model yang telah diguna pakai sebelum ini," kata beliau dalam sidang media selepas melancarkan i-kad untuk pelajar asing di Damansara hari ini.

Rafizi seeblum ini mendakwa 23 pemimpin Umno telah mendapat keuntungan berlipat ganda menerusi konsesi penswastaan enam kampus UiTM.

Beliau mendakwa kerajaan terpaksa menanggung kos pembiayaan kampus UiTM hampir lima kali ganda berbanding jika kerajaan membinanya sendiri.