Algeria kali pertama layak pusingan ke-2
Algeria melayakkan diri ke pusingan kedua Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah boleh sepak dunia.
Pasukan itu berjaya mengikat Rusia 1-1 melalui tandukan penyerangnya Islam Slimani pada separuh masa kedua.
Keputusan lain perlawanan awal pagi tadi:
Jerman 1, Amerika 0
Amerika Syarikat mengiringi Jerman melayakkan diri ke pusingan kedua Piala Dunia selaku naib juara kumpulan G biarpun kalah 0-1 kepada pasukan itu dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.
Belgium 1, Korea Selatan 0
Belgium muncul juara kumpulan H selepas menundukkan Korea Selatan 1-0. Walaupun menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Steven Defour dibuang padang sebelum tamat separuh masa, namun jaringan lewat minit Jan Vertonghen memastikan kemenangan Belgium.
Portugal 2, Ghana 1
Portugal akhirnya mencatat kemenangan dengan Cristiano Ronaldo turut mencatat nama sebagai penjaring ketika pasukan itu menewaskan Ghana 2-1 dalam saingan kumpulan G.

