Costa Rica, Belanda melangkah ke suku akhir
Costa Rica, pertama kalinya, mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia buat kali pertamanya, selepas menewaskan Greece 5-3 menerusi sepakan penalti semalam, selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1.
Ketika sepakan penalti itu, penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas
berjaya menyelamatkan sepakan keempat Theofanis Gekas sebelum jaringan Michael Umana membawa pasukannya ke suku akhir.
"Saya bermimpi mengenainya, tetapi saya tidak memberitahu sesiapa. Saya berasa amat yakin," kata Umana.
"Ini adalah untuk keluarga saya. Untuk rakan-rakan yang mengalami kecederaan sebelum datang ke sini. Mereka tidak bersama kami, tetapi mereka memberi sokongan kepada kami di luar padang."
Sebelum itu, Costa Rica mendahului permainan melalui jaringan ketua pasukannya, Bryan Ruiz pada minit ke-52.
Bagaimanapun, Socratis Papastathopoulos menyamakan kedudukan, seminit memasuki waktu kecederaan.
Pada minit ke-66, Costa Rica tinggal 10 orang pemain apabila pemain pertahanannya, Oscar Duarte dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.
Sementara itu, Naib juara 2010, Belanda turut melangkah ke suku akhir dengan menundukkan pasukan Mexico melalui jaringann 2-1.
Pemain gantian, Klaas-Jan Huntelaar memastikan pasukannya mara ke suku akhir selepas menyempurnakan sepakan penalti, empat minit memasuki masa kecederaan.

