Lynas pindah ibu pejabat ke Malaysia
Syarikat pengeluar nadir bumi Lynas Corp akan memindahkan ibu pejabatnya ke Malaysia, antaranya bagi mengurangkan kos operasinya.
Ekoran rintangan dalam dua tahun terakhir dalam menambah pengeluaran bahan itu di Australia dan pemprosesannya di loji Malaysia, Lynas berkata, elemen utama pengeluarannya beroperasi berdasarkan kapasiti sasaran dalam suku tahunan terakhir.
“Menyelaraskan lokasi pejabat adalah yang pertama dalam siri inisiatif yang mensasarkan usaha mempermudahkan pendekatan kami,” Ketua Eksekutif Lynas Amanda Lacaze dipetik sebagai berkata.
Pengurangan kos termasuk pengurangan jumlah tenaga kerja, rundingan semula kontrak dengan pembekal dan mempertingkatkan amalan pemerolehan, kata syarikat itu dalam kenyataan, seperti dilaporkan Reuters .
Lynas, salah satu daripada dua pengeluar nadir bumi di luar China, berhempas pulas untuk meningkatkan hasil melalui loji A$873 juta di Malaysia sejak mula beroperasi pada November 2012, ekoran masalah teknikal.

