Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar rosakkan reputasi negara, kata kerajaan
Diterbitkan:  Jul 3, 2014 12:55 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cubaan menutup kes dalam skandal diplomat di New Zealand bertujuan merosakkan reputasi negara ini, kata kerajaan.

"Tuduhan Anwar dalam temuramah dengan media New Zealand bahawa terdapat cubaan menutup kes adalah tidak benar sama sekali.

"Ini satu lagi cubaan oleh ketua pembangkang untuk mengambil kesempatan merosakkan reputasi Malaysia demi kelebihan politik peribadi,” kata jurucakap kerajaan dalam kenyataan lewat petang semalam.

Jurucakap itu turut menyenaraikan bagaimana kerajaan New Zealand 'berterima kasih' kepada Malaysia kerana memberi kerjasama dalam kes seorang diplomat dituduh melakukan serangan seksual di Wellington.

Bagaimanapun Selasa lalu, kerajaan New Zealand mendedahkan dokumen yang menunjukkan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia meminta semua pertuduhan ke atas diplomat itu digugurkan.

Tertuduh, pegawai waran Muhammad Rizalman Ismail ( atas ), kakitangan bantuan pertahanan ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lalu selepas mengekori wanita berusia 21 tahun pulang dan didakwa menyerang dengan niat merogol.

Beliau didakwa di mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat merogol, kedua-dua kes boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

[Baca berita penuh]

ADS