Pakatan Sabah mahu kemuka undi tak percaya terhadap KM
Pakatan Rakyat Sabah hari ini memfailkan permohonan untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Datuk Musa Aman, ekoran beberapa kejadian penculikan di pantai timur negeri ini tahun ini.
ADUN Sri Tanjong, Chan Foong Hin berkata mereka percaya Musa perlu bertanggungjawab atas kegagalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) dalam memastikan keselamatannya.
"Sebagai pengerusi Esscom, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan keselamatan keseluruhan negeri ini," kata Chan.
Naib Pengerusi DAP Sabah itu mewakili ketua pembangkang DUN Sabah, Datuk Lajim Ukin menyerahkan permohonan itu kepada sekretariat DUN.
Chan (kiri) berkata mereka juga meminta agar pengundian dilakukan
melalui undi sulit dan bukan dengan mengangkat tangan.
Isu pencerobohan dan penculikan di pantai timur Sabah telah berlaku selama bertahun-tahun, serta pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu tahun lepas.
Berikut pencerobohan pengganas Sulu itu, kerajaan menubuhkan Esscom, tetapi insiden penculikan berterusan.
Tahun lepas, seorang pelancong Taiwan dibunuh dan isterinya diculik dari Pulau POM POM dekat Sabah.
Pada bulan April, dua orang, seorang daripadanya rakyat Cina, diculik dari sebuah pusat peranginan di Semporna.
Pada bulan Mei, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus tempat ternakan ikan di Pulau Baik, dekat Lahad Datu, dan dua lelaki diculik dari tempat ternakan ikan oleh dua lelaki bersenjata di Kunak, Semporna, bulan lepas.

