Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mkini dilarang lagi buat liputan di Pejabat PM
Diterbitkan:  Jul 8, 2014 12:26 PM
Dikemaskini: 6:46 AM

Malaysiakini dilarang lagi daripada membuat liputan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya hari ini.

Larangan itu yang kedua dalam tempoh dua minggu.

Portal berita itu berada di sana untuk membuat liputan sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 10 pagi, seperti diumumkan oleh agensi berita nasional Bernama semalam.

Pihak dilarang termasuk wartawan dan jurugambar Malaysiakini serta wartawan penyiaran KiniTV, anak syarikat Malaysiakini .

Wartawan-wartawan ini disoal mewakili media mana semasa proses pendaftaran di tempat masuk ke PMO dan dimaklumkan bahawa Malaysiakini tan The Malaysian Insider tidak dibenarkan masuk.

Ketika diberitahu bahawa Malaysiakini dibenarkan masuk ke tempat sama pada Jumaat lalu, seorang pegawai menegaskan larangan itu bermula pada hari ini.

Malaysiakini pernah mendapat larangan sama pada 25 Jun lalu ketika sidang media Najib berhubung barisan baru kabinetnya diumumkan.

[Baca berita penuh]

ADS