Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Edaran The Economist sangkut lagi
Diterbitkan:  Jul 8, 2014 6:36 PM
Dikemaskini: 10:39 AM

Pelanggan The Economist tidak akan dapat menatap edisi terbarunya berdasarkan jadual biasa pada bulan ini ekoran “kandungan sensitif” dalamnya, menurut majalah isu semasa antarabangsa itu.

Dalam e-mel permohonan maafnya, majalah itu bagaimanapun tidak menyatakan jelas jelas artikel mana yang sensitif itu dalam keluaran 5 Julainya itu.

“Ekoran kandungan sensitif dalam The Economist edisi cetak bertarikh 5 Julai 2014, terdapat kelewatan dalam pengedarannya,” menurut e-mel majalah itu.

Majalah itu juga berkata akan memastikan pelanggannya dapat menatap The Economist secepat mungkin dan berterima kasih terhadap kesabaran pembaca.

Majalah itu juga mengingatkan pembacanya bahawa mereka masih mempunyai akses kepada versi digital, tergantung pakej yang dilanggan.

The Economist edisi Julai mengetengahkan isu dunia Arab dengan judul “The tragedy of the Arabs” di muka depannya.

Ia menyentuh berkaitan Arab Spring, keganasan kelompok, keganasan agama, perang saudara dan pertikaian lain di rantau itu dan membandingkannya dengan tamadun purbanya yang berkembang berabad lalu.

Mac lalu, pengedaran The Economist tergendala ekoran gambar lelaki bercumbuan dalamnya. Ia kemudiannya dibenar beredar selepas gambar itu dihitamkan.

Malaysiakini sudah menghubungi The Economist dan Kementerian Dalam Negeri dan masih menunggu jawapan kedua-dua pihak.

[Baca berita penuh]

ADS