BERITA

'Saya tidur 4 jam sehari dalam bulan puasa'

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Jul 2014, 9:41 pagi

VIDEO

Mengakui umurnya semakin meningkat dan berasa letih, isteri perdana menteri Rosmah Mansor mengakui beliau hanya tidur selama empat jam sehari dalam bulan Ramadan demi kepentingan rakyat serta negara.

Sehubungan itu, presiden Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) itu menepis cakap-cakap umum bahawa menjadi isteri seorang pemimpin akan berdepan dengan kesenangan.

"Saya telah pernah pun datang ke bahagian Cheras ini tiap-tiap tahun selama enam tahun.

"Saya tak jemu-jemu datang ke majlis ini. Tapi walaupun tak jemu sebab umur dah meningkat enam tahun lagi, rasa letihlah jugak.

"Jadi bulan puasa ini, saya cakap terang-terang, saya tidur pun tak cukup. Saya hanya tidur empat jam satu hari. Jadi itulah, bukan senang untuk menjadi isteri seorang pemimpin.

"Kita terpaksa berkorban demi untuk rakyat serta negara. Jadi siapa-siapa kata, jadi isteri pemimpin negara senang, saya cakap hari ini tak senang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dalam majlis menyampaikan bantuan hari raya anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di Jalan Peel pagi ini.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.