Atas permintaan ramai, lamanweb KiniTV telah diperluaskan menjadi tiga versi berasingan bagi video bahasa Inggeris, Melayu, dan Cina.

Ciri baru itu diperkenalkan untuk meningkatkan pengalaman menonton KiniTV, dan memudahkan anda mencari video dalam bahasa yang anda mahu.

KiniTV adalah hasil penjeanamaan  semula laman TV Malaysiakini -

Malaysiakini.tv - yang telah mencatatkan pertumbuhan luar biasa penonton sejak penjenamaan semula itu dilancarkan pada bulan Januari 2013.

Pada 2013, KiniTV mencatatkan 30 juta tontonan video, dengan lebih 3,000 muat-naik video, demikian menurut analisis YouTube.

Ia bermatlamat untuk melonjakkan jumlah tontonan video sebanyak 50 peratus lagi kepada 45 juta pada 2014, dengan menyiarkan lebih 6,000 video.

Secara keseluruhannya, dari Januari 2013 hingga Jun 2014, terdapat purata 2.97 juta tontonan video sebulan di YouTube.

Sementara itu, lamanweb KiniTV.com menerima 821,000 pengunjung setiap bulan mengikut Google Analytics, manakala bilangan pengunjung lamanweb mudah alih mencecah hampir dua kali ganda, iaitu 1.45 juta.

Pertumbuhan yang menakjubkan itu dicapai dengan hanya dengan 12

kakitangan peneraju yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yong Kai Ping dan penerbit kanan Tham Seen Hau.

"Walaupun baru berusia satu setengah tahun, KiniTV telah berjaya mencapai kadar tontonan yang luar biasa dan merevolusikan pengeluaran video internet, terutama dalam menyiarkan berita semasa terkini, dan membuat KiniTV hampir menjadi laman TV internet terbesar di Malaysia dan Aia Tenggara," kata Yong.

KiniTV juga mempunyai tiga laman Facebook dengan jumlah 200,000 peminat.

Studio baru dan pusat siaran langsung

Selain meningkatkan kadar penonton, KiniTV juga sedang berkembang dengan menghasilkan program-program lain seperti temubul Perniagaan dan Usahawan, Kebudayaan dan Seni Persembahan, Pelancongan dan Warisan, sukan dan juga Penempatan Produk dan Gaya Hidup.

Ia juga bersedia untuk berpindah ke pejabat baru pada akhir tahun ini, yang mempunyai studio baru yang canggih seluas 1,000 kaki persegi dan juga sebagai pusat siaran langsung.

Dan bagi meningkatkan pertumbuhan populariti bahagian Melayunya, KiniTV akan mendapatkan perkhidmatan lebih ramai produser dan wartawan.

"Kami sedang mengkaji untuk mengambil beberapa produser TV dan wartawan penyiaran untuk menghasilkan berita dalam Bahasa Malaysia, kami sungguh kagum dengan respons yang menggalakkan daripada penonton Melayu," kata Yong.

Mereka yang berminat dalam mengisi jawatan tersebut boleh menghantar permohonan kepada shamini@malaysiakini.com.

KiniTV telah memenangi beberapa anugerah, termasuk saluran paling pesat berkembang di Malaysia dan saluran YouTube dengan pelanggan ketujuh teramai oleh pemantau media sosial - Socialbakers.

KiniTV juga merupakan rakan kongsi kandungan YouTube dan telah dianugerahkan 'Silver YouTube Play Button Award' kerana berjaya memecahkan tahap penanda aras 100,000 pelanggan. KiniTV kini mempunyai seramai 225,758 pelanggan YouTube.

KinITV juga membekalkan 100 video kepada Yahoo! Malaysia setiap bulan.

[Baca berita penuh]