Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenyataan 'haid' peguam Umno cetus kemarahan
Diterbitkan:  Jul 15, 2014 4:50 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Kenyataan penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun bahawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak sesuai menjadi menteri besar kerana wanita mengalami uzur syarie (haid) mencetuskan kemarahan di alam maya.

Di Twitter misalnya, semakin banyak komen mengkritik kenyataan Hafarizam yang disiarkan dalam New Straits Times (NST) itu.

Hafarizam dilaporkan sebagai berkata, Wan Azizah tidak sesuai menjadi menteri besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie dan ini bermaksud beliau tidak dapat selalu mengiringi sultan dalam acara keagamaan.

Hafarizam juga dilaporkan berkata, tiada halangan gender bawah undang-undang tubuh Selangor, terdapat kebimbangan praktikal dalam memilih wanita ke jawatan itu.

Berikut antara reaksi segera pelbagai pihak:

Datuk Saifuddin Abdullah , bekas menteri pengajian tinggi: “Kalau Pakatan Rakyat pilih Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor dan sultan perkenan, dialah MB. Tak timbul isu haid.”

Tan Keng Liang , ketua Pemuda Gerakan: “Saya tidak setuju suami nak jadi PM dan isterinya MB. Nepotisme. Tetapi jangan kata isterinya tak patut jadi MB hanya semata-mata sebab haid!”

Syahredzan Johan , peguam hak asasi manusia: “Tak dapat dipercayai apabila penasihat undang-undang Umno berkata haid menghalang wanita daripada menjadi menteri besar. Sangat kejam!”

Jo Kukathas , aktivis teater: “Kenapa wanita tidak boleh jadi menteri besar. Malah kenapa menteri besar harus Melayu Muslim? Peranan MB untuk mentadbir. Tugas-tugas lain bersifat istiadat.”

Syed Husin Ali , senator PKR: “Datang haid bukan masalah. Boleh hantar wakil. Ada wanita dah henti (haid).”

N Surendran , peguam dan anggota parlimen PKR Padang Serai: “Kenyataan bodoh, jijik dan merendahkan-rendahkan martabat.”

[Baca berita penuh]

ADS