Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan S'gor: Khalid Samad biadap pada beta
Diterbitkan:  Jul 15, 2014 11:31 AM
Dikemaskini: 12:17 PM

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah amat kesal dan kecewa dengan kenyataan ahli parlimen PAS Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub dalam bawah undang-undang, laporan Utusan Online .

Baginda dilaporkan bertitah, ini bukan kali pertama Khalid ( kanan ) mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya lapuk.

"Keyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai ketua agama Islam di Selangor," baginda dilaporkan sebagai bertitah.

Utusan melaporkan, baginda sebagai bertitah demikian pada majlis perasmian masjid pekan Sepang.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan turut menghadiri majlis itu.

Pada 17 Jun lalu, Khalid Samad serta beberapa pemimpin PAS Selangor dilaporkan mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

ADS