Polis sedang menyiasat MP PAS Shah Alam MP Khalid Samad yang didakwa menghasut berikutan kenyataannya yang meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Seorang pegawai polis hari ini merekod kenyataan seorang wartawan Malaysiakini mengenai kenyataan Khalid itu, yang dibuat semasa sidang akhbar pada 17 Jun di lobi Parlimen.

Satu laporan polis itu dibuat oleh bekas setiausaha PAS Selangor Norman Toha pada 18 Jun lalu terhadap Khalid dan tiga ahli parlimen PAS lain yang turut berada di sidang akhbar tersebut.

Norman kini merupakan setiausaha agung kumpulan hak Melayu Jalur Tiga (Jati).

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Klang Utara mendakwa keempat-empat anggota parlimen itu melakukan hasutan dalam kenyataan mereka.

[Baca berita penuh]