Tabung amanah TBH ditubuhkan
Dengan kematian Teoh Beng Hock kini masuk ke tahun kelima hari ini, sebuah tabung amanah baru ditubuhkan bagi memperingati pembantu DAP itu, dengan tujuan untuk menyediakan bantuan kepada mangsa penganiayaan politik, penyiksaan, kematian tahanan dan pelanggaran hak asasi manusia.
Kumpulan sokongan Rakyat Malaysia Untuk Beng Hock, yang akan mengendalikan sekretariat tabung itu, berikrar hari ini untuk menawarkan saluran yang betul kepada keluarga mangsa yang lain, sekiranya mereka ditimpa nasib malang yang sama sepertimana keluarga Beng Hock.
Adik perempuannya, Teoh Lee Lan (kiri), berkata tabung yang dinamakan "Tabung Amanah Teoh Beng untuk Demokrasi", adalah untuk semua mangsa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan guaman dan sebarang sokongan lain.
"Banyak yang telah kami lalui dalam tempoh lima tahun lalu, dan kami amat memahami penderitaan keluarga mangsa.
"Kami berharap tabung amanah itu akan membantu lebih ramai orang, dan keadilan dapat ditegakkan, dan diharapkan, mereka akan ada tempat untuk bergantung," kata Lee Lan dalam satu sidang akhbar hari ini.

