Wanita MCA: Wan Azizah tak layak jadi MB
Wanita MCA berkata, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah perlu dihalang dari menjadi menteri besar Selangor kerana status beliau sebagai “boneka”.
Ketua pergerakan itu Heng Seai Kie berkata, pendirian itu tidak bermaksud bahawa Wanita MCA bersetuju dengan pandangan “cauvinis lelaki” bahawa wanita tidak boleh menjadi menteri besar kerana mengalami haid dan nifas.
Heng berkata, tidak adil jika kata-kata demikian, seperti yang diujarkan oleh peguam Umno Mohd Hafarizam Harun, dilemparkan pada Wan Azizah.
Beliau bagaimanapun berpendapat, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak akan menjadi menteri besar yang baik.
"Lebih penting lagi, adakah beliau akan mentadbir dengan bebas?
"Berdasarkan pencapaiannya sebelum ini, beliau mungkin hanya akan menjadi boneka untuk dipergunakan oleh ketua umum PKR dan suaminya, Anwar Ibrahim untuk agenda politik peribadi.

