Israel dan Hamas akan mengadakan gencatan senjata lima jam bagi membolehkan pasukan bantuan kemanusiaan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memasuki Semenanjung Gaza.

PBB pada Rabu meminta Israel menghentikan serangan selepas serangan udara terhadap wilayah-wilayah kecil terus berpotensi mewujudkan krisis kemanusiaan yang besar, seorang pegawai PPB dipetik sebagai memberitahu Al Jazeera.

Israel memutuskan menghentikan operasi dan serangan antara jam 01:00 (0700 GMT) dan 15:00 (1200 GMT) manakala Hamas pula antara 10:00 am (0700 GMT) pada hari ini.

Sekurang-kurangnya 223 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 1,600 tercedera dalam dalam pengeboman sembilan hari Israel terhadap Semenanjung Gaza.

Hospital di sana sudah kekurangan bekalan ubat-ubatan dan Palang Merah memberi amaran kekurangan bekalan air serius.

Pengeboman terbaru berlaku setelah cadangan gencatan senjata yang dikemukakan Mesir gagal.

Israel: Hamas akan bayar harga mahal

Kerajaan negara itu meminta Israel dan Hamas menghentikan serangan pada pagi Selasa dan menghantar wakil masing-masing ke Kaherah untuk membincangkan syaratnya.

Kabinet Israel bersetuju tetapi Hamas yang mendakwa tidak pernah dimaklumkan berhubung cadangan itu menolaknya dalam “bentuk yang sedia ada”.

Jet Israel terus membedil Gaza pada petang Selasa selepas enam jam aman. Pejuang di Gaza melancarkan lebih 60 roket ke Israel pada Rabu.

Seorang rakyat Israel terbunuh akibat serangan itu, korban pernah di pihak negara itu selepas peperangan meletus pada 8 Julai lalu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa Hamas akan membayar harga yang tinggi dengan menolak rancangan gencatan senjata Mesir.

Pada Rabu, akaun Twitter Netanyahu menggunakan perkhidmatan berbayar “promoted tweets” bagi mendapatkan sokongan untuk kempen di Gaza.