Bonus raya setengah sebulan gaji PP dibayar hari ini
Diterbitkan: Jul 17, 2014 1:14 PM | Dikemas kini: Jul 17, 2014 5:03 PM
Kerajaan Pulau Pinang akan mengeluarkan bonus raya setengah bulan gaji atau minimum RM600 yang dijanjikan kepada penjawat awamnya pada hari ini.
“Kejayaan Pulau Pinang seharusnya dikongsi bersama semua penjawat awam di negeri ini yang menunjukkan kegigihan dan kesungguhan mereka,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng.
“Oleh itu, Kerajaan negeri amat berbesar hati memberikan bonus hari raya kepada semua penjawat awam Negeri Pulau Pinang dengan bayaran setengah bulan gaji dengan minima sebanyak RM600 yang akan dibayar pada hari ini.”
Lim berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam negeri di Hotel Traders, Pulau Pinang hari ini.

