Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bung: 'Panas baran' Kiki buktikan saya benar
Diterbitkan:  Jul 17, 2014 1:51 PM
Dikemaskini: 7:13 AM

Baru sahaja reda kontroversinya berkaitan Hitler dan kemenangan Jerman dalam Piala Dunia, anggota Datuk Bung Moktar Radin sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia.

Juga melalui Twitter, anggota parlimen Kinabatangan itu berkata, insiden pembulian jalanan terbaru melibatkan Fairrah Asyikin Kamaruddin atau Kiki membuktikan pandangannya sebelum ini berhubung sikap pemandu wanita.

“Saya pernah dikecam apabila berkata kebanyakan pemandu wanita panas baran.. ia telah dibuktikan oleh... Kiki. CDM25...,” tulisnya.

Bung Moktar dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac 2011 dilaporkan berkata, cara pemanduan kebanyakan wanita di Malaysia negara ini amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Selasa lalu sebuah video dikesan menunjukkan Kiki memaki hamun seorang pesara Sim Siak Hong, 68, dan memukul keretanya dengan kunci stereng selepas kenderaan mereka bertembung.

Lihat Komen
ADS