VIDEO | 1.10min

Rosmah Mansor mengingatkan golongan suami untuk selalu menggembirakan isteri mereka ketika mencadangkan pembinaan taska di tempat kerja syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Isteri perdana menteri berkata, jika pusat jagaan kanak-kanak itu ditubuhkan, insya-Allah semua golongan ibu akan gembira dan ia sekali gus mempertingkat produktiviti syarikat.

Ketika menyampaikan cadangan itu, Rosmah sempat bergurau dengan Pengerusi MRCB Tan Sri Azlan Zainol yang turut bertepuk tangan ketika cadangan itu diajukan.

“Dia dah tepuk tangan tu OK-lah tu. Dia tak adalah merungut ke apa,” katanya berseloroh.

“Insya-Allah bila taska ini ditubuhkan... (penonton tepuk tangan), tengok ibu-ibu semuya happy (gembira) . Happy Tan Sri? Tengok bila dia dah seronok, dia dah gembira, produktiviti menjadi tinggi.”

Rosmah turut membandingkan perkara itu dengan situasi golongan isteri di rumah menjaga kebajikan suaminya dengan lebih baik jika ghembora.

“(Sebagai contoh) suami balik pun kita tak kisah, tak kisahlah, buatlah apa kamu nak buat. Tapi kalau kita suka (kita tanya) you want to drink (awak nak minum)? Nak minum? Nak makan? Cepatnya, betul tak?” katanya.

“Jadi kamu kena buat orang perempuan gembira, terutamanya isteri kamu gembira. Jika kamu boleh buat ibu kamu lebih gembira, itu lebih baik.”

Rosmah berkata demikian dalam majlis memberikan sumbangan hari raya Aidilfitri di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]