KLM sedih dengan nahas MH17
KLM Royal Dutch Airlines, yang mengadakan perkongsian kod KL4103 dengan Malaysia Airlines (MAS) MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, berkata syarikat penerbangan kebangsaan Belanda itu amat sedih untuk mendapat berita nahas yang menimpa pesawat itu.
Dalam kenyataan hari ini, KLM berkata mereka sentiasa berhubung dengan MAS untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Walaupun belum lagi mendapat nota pengesahan rasmi oleh MAS, kami amat sedih mengenai kejadian nahas MH17," katanya.
KLM turut mengumumkan talian kecemasan MAS di nombor 006-03-78841234.
Menurut laporan agensi berita antarabangsa, pesawat MAS jenis Boeing 777, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia hari ini.
- Bernama

