Sekumpulan kira-kira 1,000 orang daripada PAS dan NGO Muslim hari ini membantah keganasan di Gaza di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Kumpulan itu yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar universiti, berarak daripada Masjid Tabung Haji ke kedutaan itu selepas solat Jumaat.

Mereka mendesak agar Amerika Syarikat berhenti menyokong Israel yang kini mmenyerang Tebing Gaza yang diduduki Palestin dan telah berlanjutan selama hampir 11 hari.

"Kami akan mempertanggungjawabkan anda kerana Amerika adalah penyokong nombor satu dan pendana Israel.

"Anda memalukan diri sendiri dengan bersekutu dengan negeri penyangak yang ganas ini dan kami tahu anda juga akan tersungkur bersama mereka," kata kumpulan itu dalam memorandum mereka.

Memorandum sebanyak dua halaman itu dialamatkan kepada duta Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y Yun.

Di antara NGO yang turut menyokog perarakan itu adalah Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram),  Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Dua MP Pakatan turut kelihatan pada himpunan ini - MP Segambut Lim Lip Eng dan MP Shah Alam Khalid Samad.

[Baca berita penuh]