Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengantin dua bulan maut dalam kemalangan
Diterbitkan:  Jul 21, 2014 8:00 AM
Dikemaskini: 5:03 AM

Sepasang suami isteri maut selepas kereta jenis Nissan yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori muatan pasir di KM28 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Kechau Tui, Kuala Lipis kelmarin.

    

Mangsa, Mohamed Aliff Datu Salleh, 28, seorang juruteknik Rapid Kuala Lumpur dan berasal dari Kampung Kubur Datu, Kelantan bersama isterinya Nurul Afiqah Abd Manaf, 26, eksekutif syarikat Pasarana Negara Berhad mati di tempat kejadian.

    

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang itu pasangan yang baru berkahwin dua bulan itu dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa bersama keluarga di Kelantan.

    

"Sampai tempat kejadian dipercayai lori yang dari arah Merapoh ke Kuala Lipis itu telah termakan jalan sebelum bertembung dengan kereta mangsa.

"Akibat pertembungan itu lori berkenaan telah bergerak mengundur ke belakang lalu terlanggar pula sebuah lori yang membawa muatan durian," katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun kedua-dua pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.  

    

Pemandu lori itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk siasatan lanjut dan menjalani ujian air kencing serta darah.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS