Kerry: Rusia mesti bantu henti gangguan bukti
Puak pemisah di Donetsk didakwa membawa mayat keluar dari lokasi nahas MH17 dan perbuatan itu mesti dihentikan, kata Setiausaha Negara Amerika, John Kerry dalam satu temubual dengan CNN semalam.
"Mereka mengganggu bukti di lokasi. Mereka telah memindahkan, kita difahamkan, beberapa bahagian pesawat. Ianya adalah kritikal," katanya.
Kerry berkata, ini adalah saat yang begitu kritikal bagi Rusia untuk meningkatkan usahanya secara terbuka dan turut serta dalam usaha
memastikan satu siasatan sepenuhnya dijalankan, dengan penyiasat datang untuk membantu dari luar.
Beliau juga menyarankan supaya pakar antarabangsa dari ICAO, FBI
dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional dibenarkan akses penuh ke lokasi nahas agar mereka boleh "mengumpulkan fakta-fakta supaya orang lain tidak merasa ragu, tidak menuding jari mengenai
konspirasi, ideologi dan politik."
Dalam wawancara yang sama, Kerry juga mengulangi pendirian Amerika bahawa "cukup jelas" Rusia telah memindahkan sistem peluru berpandu ke tangan puak pemisah yang boleh menembak jatuh sesebuah kapal terbang.
"Kita tahu dengan yakin bahawa Ukraine tidak mempunyai sebarang sistem seumpama itu berhampiran kawasan itu pada masa tersebut,"
tambahnya.

