Dalam satu kenyataan awam pertama beliau mengenai nahas MH17, Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran kepada masyarakat dunia supaya jangan mengambil kesempatan politik daripada tragedi itu.

"Kita mesti melakukan apa saja untuk menyediakan jaminan keselamatan kepada pakar antarabangsa di tapak tragedi itu," Putin memberitahu Rusia Today .

"Dalam pada itu, tiada siapa yang harus dan berhak untuk

menggunakan tragedi ini bagi mencapai matlamat politik sempit mereka untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

Putin juga menggesa penyiasat antarabangsa datang dan membantu, terutamanya yang disokong oleh Pertubuhan Penerbangan Awam

Antarabangsa (ICAO) kerana kepakaran tempatan tidak mencukupi di Ukraine untuk menyiasat bangkai pesawat di Donetsk.

Beliau juga menggesa gencatan senjata di zon konflik.

"Kami berkali-kali menyeru semua pihak yang bertelagah untuk menghentikan segera pertumpahan darah dan duduk di meja

rundingan," tegas Putin.

"Saya boleh mengatakan dengan yakin bahawa jika operasi ketenteraan tidak disambung semula pada 28 Jun di timur Ukraine, tragedi ini tidak akan berlaku."

[Baca berita penuh]