Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ada syarikat mohon hak milik cap dagangan 'MH17'
Diterbitkan:  Jul 25, 2014 2:59 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Satu syarikat Malaysia, Remit Now International Ltd dilaporkan memohon hak milik cap dagangan 'MH17 untuk digunakan bagi pengeluaran filem, rancangan TV, permainan video, muzik dan teks, lapor Australian Associated Press.

Laporan itu menyebut, permohonan itu difailkan pada IP Australia pada 18 Julai dan sedang dipertimbangkan.

Selain itu, Malaysia Airlines juga dilaporkan memohon hak milik cap dagangan ke atas 'MH17' dan 'MH370' di Australia.

“Tujuan itu bagi memastikan tiada pihak yang akan mengambil kesempatan ke atas tragedi tersebut demi keuntungan peribadi mereka,” kata seorang jurucakap MAS seperti dipetik dalam laporan AAP.

Sementara itu, laman berita teknologi Digital News Asia (DNA) menyebut, Remit Now memfailkan permohonan cap dagangan itu dengan menggunakan satu alamat di Cheras, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, syarikat itu berdaftar di satu lagi alamat di Belize City, yang disyaki berhubung kait dengan syarikat Seyefull Investment Ltd di Belize, Sepanyol.

DNA sebelum ini melaporkan bahawa Syefull Investment memohon hak milik cap dagangan 'MH17' di EU.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS