DAP memberi amaran bahawa PAS akan mendapat banyak kerugian sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu berhubung jawatan menteri besar Selangor dapat diselesaikan.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, tinjauan dan maklum balas yang diperolehi dari akar umbi menunjukkan warga negeri itu kecewa dan juga marah dengan sikap Pakatan yang teragak-agak dalam isu tersebut.

Beliau merujuk kepada krisis terbaru melibatkan jawatan tersebut, susulan sokongan dari sebilangan pemimpin PAS ke atas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim, walau PKR berusaha untuk menggantikan beliau dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pua berkata, majlis mesyuarat kerajaan negeri tidak dapat menjalankan peranannya tanpa sokongan PAS dan DUN akan berpecah, walaupun jika PAS membentuk gabungan dengan Umno.

Sekiranya keadaan itu berlaku, tidak dapat tidak, satu pilihan raya mengejut perlu dijalankan, katanya.

"Jika keadaan itu berlaku, maka semua pihak dalam komponen parti Pakatan akan kerugian.

“Kita akan terpakas menanggung rugi, namun tiada parti yang akan menanggung lebih banyak kerugian dari PAS,” kata Pua dalam kenyataannya.

Katanya, kiraannya menunjukkan PKR dan DAP akan mendapat sokongan yang berkurangan, namun PAS akan kehilangan paling banyak kerusi akibat protes dari pengundi bukan Melayu.

MP Petaling Jaya Utara itu meramalkan bahawa PAS mungkin akan hanya berjaya menguasai tiga hingga lapan kerusi DUN, berbanding 15 yang dimenangi dalam pilihan raya umum ke-13.

Ia berdasarkan kiraan bahawa PAS kehilangan antara 15 hingga 25 peratus sokongan bukan Melayu.

Malah, dalam keadaan paling baik sekalipun, PAS mungkin kehilangan tujuh daripada 15 kerusi – jika ia berjaya mengekalkan sokongan pengundi Melayu dan juga jika sokongan bukan Melayu hanya berkurangan sebanya 15 peratus.

Katanya, beliau antara lainnya menjangkakan PAS hilang sokongan di Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras.

[Baca berita penuh]