Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gamis gesa k'jaan batal konsert Mariah Carey
Diterbitkan:  Aug 5, 2014 8:47 AM
Dikemaskini: 4:38 AM

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa kerajaan supaya membatalkan konsert Mariah Carey sebagai tanda berkabung ekoran nahas pesawat MH17.

Katanya, kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengumumkan hari berkabung untuk mangsa nahas MH17.

"Gamis amat kesal dengan penganjuran konsert Mariah Carey yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 22 Oktober depan," kata Presiden Gamis, Abdul Malik Ab Razak dalam satu kenyataan.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada siri jelajah ke Asia dan melancarkan album terbarunya penyanyi tersebut yang berjudul ' Me. I Am Mariah...The Elusive Chanteuse' .

Malaysia, katanya, telah menjadi pilihan lokasi pertama Mariah di rantau Asia Tenggera selepas mengadakan persembahan di China.

Menurut Abdul Malik, di saat rakyat dalam kesedihan berikutan nahas MH17 dan serangan Israel ke atas Gaza, GAMIS kesal dengan penganjuran konsert tersebut.

"Ketika saudara Islam di Gaza dibunuh jasad mereka oleh Israel dan Amerika Syarikat, kita begitu mudah merelakan anak muda dirobek akidah dan akhlak mereka dengan hidangan hiburan dan model pemakaian seksi," katanya.

Salein itu, Abdul Malik berkata, Gamis sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam memandang serius penganjuran konsert yang yang menurutnya mampu merosakkan budaya dan pemikiran anak muda.

"Melalui promosi artis luar negara dengan penampilan seksi dan tidak menutup aurat, ia akan mempengaruhi gaya hidup anak muda dan sangat bahaya bagi produk kepimpinan negara masa akan datang," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS