Bekas exco Selangor menyuarakan rasa terkejut mereka selepas dipecat serta-merta oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan rata-rata berkata belum melihat surat hitam putih mengenainya.

“Mengejutkan. Kali pertama dalam sejarah apabila kebanyakan kabinet negeri dipecat melalui media.

"Saya tidak terima sebarang notis atau surat berhubung perkara ini,” kata Elizabeth Wong ( kanan ).

Beliau dan dua lagi exco – V Ganabatirau dan Dr Daroyah Alwi – masing-masing berkata belum melihat surat pemecatan masing-masing yang dikatakan telah dihantar.

Khalid hari ini memecat enam exco daripada PKR dan DAP selepas mereka mengeluarkan kenyataan bersama untuk kekal sebagai exco tetapi tidak mahu menemuinya kecuali dalam mesyuarat rasmi exco.

Katanya, lima pucuk surat telah dihantar kepada exco terlibat kecuali Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin