Khalid: Rodziah boleh kekal jadi exco jika...
Diterbitkan: Aug 13, 2014 1:34 PM | Dikemas kini: Aug 13, 2014 3:21 PM
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata exco PKR Rodziah Ismail masih dialu-alukan untuk meneruskan khidmat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
Menteri besar itu berkata beliau masih menunggu ADUN Batu Tiga itu kembali dari luar negara untuk membincangkan perkara itu.
"Tunggu dia (Rodziah) kembali dari luar negara dan kita akan buat keputusan.
"Jika dia pilih untuk bekerjasama, dia akan teruskan (Exco)," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.
Khalid sebelum ini menjelaskan bahawa beliau masih belum menulis surat kepada Rodziah kerana ADUN PKR itu masih berada di luar negara.
Khalid mendedahkan beliau sebelum ini telah pun bertemu dengan Rodziah tetapi tidak mahu mendedahkan butirannya.

