Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Exco Datuk Teng Chang Kim berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah bertindak tidak professional apabila memecat lima Exco negeri tanpa sebab yang kukuh.

Beliau berkata alasan yang diberikan Khalid memecat beliau serta empat yang lain semalam tidak konsisten dengan apa yang dilaporkan kepada media.

"Saya tak mahu cakap mengenai (pemecatan oleh) Sultan. Saya mahu cakap mengenai pembohongan.

Kelmarin, katanya, Khalid berkata mereka dipecat kerana memberi kenyataana tidak mahu bekerjasama dan semalam memberi alasan sebab melanggar janji.

Bercakap dalam sidang media di lobi Bangunan Sekretariat Kerajaan Selangor di Shah Alam semalam, Teng mendakwa Khalid memecat Exco tanpa sebab seolah mahu memecat mereka dahulu sebelum mempunyai alasan berbuat demikian.

Beliau turut melahirkan rasa pelik bagaimana Khalid memberi alasan memecat kerana kenyataan bersama Exco hanya keluar pada jam 4:20 petang sedangkan Khalid mendakwa menulis surat kepada Sultan pada pada jam 2 petang.

"Secara logik, ketika beliau memecat kami, Khalid belum menerima perkenan sultan.

"Kenyataan beliau tentang alasan pemecatan ini tidak konsisten. Pecat baru cari alasan," kata beliau.

Semalam, Khalid berkata beliau memecat anggota Exco dari PKR dan DAP kerana kenyataan bersama mereka yang didakwa "menandatangani surat supaya diadakan satu blok yang bertujuan mengurangkan keberkesanan Exco dan pentadbiran negeri."

Hari ini Khalid berkata lima Exco itu dipecat kerana melanggar sumpah setia dan akujanji kepada Kerajaan Selangor, Sultan dan pentadbiran beliau.

Teng bagaimanapun tidak mempersoalkan pemecatan mereka oleh sultan, namun pempertikaikan kredibiliti pemecatan mereka daripada Khalid.

"Kami perlu terima pemecatan kerana ia dari sultan. Kami tidak akan cabar.

"Khalid bercakap mengenai profesionalisme seumur hidup beliau tetapi cara beliau mengendalikan hal ini tidak professional.

"Dia telah kehilangan mandat, kini dia kehilangan integriti," kata beliau dengan nada sedih.

Bagaimanapun Teng berkata beliau masih tidak menerima arahan untuk mengosongkan pejabatnya dan akan terus hadir hari ini untuk membuat kerja.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS