Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (Pugsom) menafikan dakwaan gagal membuat bayaran kepada Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins yang menyebabkan kerjasama kedua-duanya ditamatkan.

Pugsom menambah, program graduan itu akan terus wujud dengan kerjasama universiti lain, yang akan diumumkan selepas ini.

“Bayaran terakhir dibuat kepada Johns Hopkins sebanyak AS$2 juta (RM6.3 juta) pada 7 Mei,” kata naib canselornya Sothi Rachagan dalam kenyataannya.

Katanya, pemilik Pugsom, Academic Medical Centre Sdn Bhd, setakat ini membayar keseluruhan AS$34.199 juta (RM107.91) kepada Johns Hopkins.

DAP membangkitkan , penamatan kerjasama antara Johns Hopkins dan Pugsom memberi kesan buruk terhadap tahap pendidikan di negara ini.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng mendakwa penamatan kerjasama itu ekoran pembayaran lambat Pugson kepada John Hopkins dan ia menunjukkan kerajaan gagal menyedari kepentingan program itu.

[Baca berita penuh]