Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Setiausaha Hadi perjelas pertemuan dengan sultan
Diterbitkan:  Aug 21, 2014 3:48 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

Setiausaha politik kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan tiada sebarang titah arahan dibuat sultan Selangor pada presiden PAS itu berkaitan isu krisis menteri besar negeri.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau membuat penjelasan itu kerana ingin membetulkan maklumat melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang menggambarkan seolah-olah wujud arahan tertentu daripada sultan.

“Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Samsuri berkata, Hadi memohon mengadap sultan pada hari raya keempat sempena perayaan itu.

Bagaimanapun, Suhaizan pada 19 Ogos lalu menulis Hadi yang hubungan agak baik dengan istana dititah menghadap pada hari raya keempat.

Hasilnya, jelas Suhaizan, presiden PAS membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Azizah.

Atas pertimbangan-pertimbangan itu, jelasnya lagi, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin Ali bersama Azizah sebagai alternatif.

Sementara itu, Suhaizan hari ini mengeluarkan kenyataan pendek menjelaskan artikelnya kelmarin yang mendedahkan pertemuan itu.

“Saya ingin membetulkan segala tanggapan yang menyatakan bahawa pihak istana Selangor telah menamakan atau memberi isyarat nama Azmin sebagai calon menteri besar Selangor.

“Justeru, sebarang tanggapan berkaitan dengannya adalah tidak benar dan tersasar sama sekali daripada maksud rencana tersebut,” katanya.

Lihat Komen
ADS