Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenyataan maaf Nurul Izzah
Diterbitkan:  Aug 21, 2014 4:43 PM
Dikemaskini: 11:53 AM

Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini

mengeluarkan kenyataan maaf berhubung kenyataannya mengenai Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Berikut kenyataan Nurul Izzah:

KENYATAAN MAAF DEFENDAN PERTAMA

Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk “Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.

Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas.

Lihat Komen
ADS