Peguam MB nafi dakwaan pembantu MB, kata MP
Diterbitkan: Aug 21, 2014 6:47 PM | Dikemas kini: Aug 21, 2014 7:34 PM
Dalam pertemuan dengan MP PAS Khalid Samad, peguam kepada Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan bahawa hutang menteri besar Selangor itu dengan Bank Islam diselesaikan oleh sebuah bank Timur Tengah.
Khalid Samad berkata, peguam Mathew Thomas Philip menafikan dakwaan yang dibuat oleh pegawai khas Khalid Ibrahim, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, yang juga bekas ketua ekonomis di Bank Islam.
Philip mewakili menteri besar dalam saman balas terhadap Bank Islam.
“Peguam menteri besar memberitahu saya bahawa tiada bank Timur Tengah membayar hutang Khalid,” kata Khalid Samad dalam sidang media hari ini.

