Amaran ribut petir hingga awal pagi Khamis
Diterbitkan: Aug 27, 2014 11:54 PM | Dikemas kini: Aug 27, 2014 11:56 PM
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Samui dan Condore yang dijangka berterusan sehingga awal pagi Khamis.
Menurut kenyataan jabatan itu, ribut petir itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil.
- Bernama

