Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Melarang penggunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam agak berlebih-lebihan, kata menteri baru hal ehwal agama Indonesia Lukman Hakim Saifuddin.

Katanya, penggunaan kalimah Allah tidak patut menjadi eksklusif kepada satu-satu agama.

“Kementerian merasakan perkara ini (larangan sebegitu) agak berlebih-lebihan. Pada saya, sesiapa sahaja boleh gunakan kalimah (Allah) itu.

“Orang Islam sendiri berbeza-beza (di Indonesia), dengan longhat mereka, bagaimana mereka mengucap selamat antara satu sama lain dan bagaimana mereka menyebut Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah yang dibuat Kementerian Dalam Negeri terhadap mingguan Katholik Herald .

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS