Perhimpunan yang dirancang di Universiti Malaya (UM) bagi menunjukkan sokongan pada pensyarah undang-undang Prof Madya Dr Azmi Sharom, mencetuskan perbalahan antara badan pelajar, selepas Persatuan Undang-undang UM (UMLS) memutuskan tidak mengambil bahagian.

Walaupun menyatakan sokongan mereka, UMLS bukan sahaja dikritik di Facebook, tetapi juga mendapat cemuhan rakan-rakan mereka Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany).

“UMLS sedang menuju ke arah persatuan mahasiswa terburuk dalam sejarah...,” kata pengarah hubungan luar Umany Danny Sim.

Presiden UMLS Chia Duwei, dilaporkan antara kumpulan besar mahasiswa yang hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ketika Azmi dituduh.

Malay Mail Online bagaimanapun melaporkan, Chia sebagai berkata, mereka tidak akan mengambil bahagian dalam perhimpunan yang dianjurkan seorang oleh pelajar Azmi, Vince Tan.

[Baca berita penuh]