Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AI: Akta Hasutan cetus ketakutan
Diterbitkan:  Sep 5, 2014 5:14 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Badan pemantau hak asasi antarabangsa Amnesty International menyelar tindakan kerajaan negara ini “memupuk budaya kekangan di Malaysia” melalui penggunaan Akta Hasutan.

“Penggunaan undang-undang itu – semakin banyak digunakan ke atas individu yang hanya menyatakan pandangan politik agama dan pandangan lain – mencetus ketakutan dalam kebebasan bersuara di negara ini.

"Amnesty International (AI) percaya bahawa penggunaan Akta Hasutan secara berterusan untuk menekan pandangan dan pendapat ahli politik pembangkang serta suara kritikal lain, termasuk individu biasa yang hanya menyatakan pendapat mengenai pelbagai isu, kini memupuk budaya mengekang di Malaysia,” kenyataan badan itu dipetik.

AI turut mengingatkan bahawa akta tersebut merupakan tinggalan pemimpin British untuk “membendung pandangan bertentangan dan mengharamkan tindakan aktivis yang aman dan pembangkang pada masa lalu”.

AI turut menyatakan bahawa tuduhan dan siasatan ke atas ahli politik, dan juga wartawan tersebut “nampaknya bermotifkan politik.”

Katanya, undang-undang itu bercanggah dengan Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, dan juga perlembagaan persekutuan.

Badan berkenaan juga membangkitkan bahawa perdana menteri sehingga ini masih gagal menunaikan janjinya pada dua tahun lalu untuk memansuhkan akta tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS